Talian WhatsApp Untuk Melaporkan Kesalahan Vandalisme Dilancarkan oleh Rapid KL

Isu vandalisme pada laluan MRT baru menjadi tular di media sosial minggu lalu. Walaupun baru beroperasi selama lima hari, pelbagai kerosakan pada tandas, tempat duduk dan di dalam koc telah dilaporkan berlaku. Bagi menangkap insan yang melakukan vandalisme, pihak Rapid KL telah membuku talian WhatsApp khas.

Pengguna hanya perlu menghantar mesej dan gambar ke nombor +6010 766 4472. Selain melaporkan kesalahan vandalisme, talian ini juga boleh digunakan bagi memberikan maklum balas mengenai perkhidmatan MRT, LRT, Monorel, BRT dan bas yang di bawah selenggara Rapid KL. Dengan adanya perkhidmatan ini, mungkin masalah vandalisme dapat dikurangkan.


EmoticonEmoticon