Steelseries Rival 310 Dan Sensei 310 Dilancarkan Untuk Atlet E-Sukan

Tetikus ialah senjata yang digunakan oleh atlet e-sukan untuk mengganyang musuh di arena digital. Steelseries ialah syarikat yang terkenal dengan produk e-sukan mereka. Mereka telah melancarkan dua tetikus baru Rival 310 dan Sensei 310 yang mensasarkan golongan atlet e-sukan.

Kedua-dua tetikus dilengkapi sensor laser TrueMove 3 yang dihasilkan dengan kerjasan PixArt. Sensor ini mempunyai tahap tetapan 300-12000 CPI serta 350 IPS. Kedua-duanya juga menyokong sistem lampu RGB PrismSync dan suiz tetikus Omron yang mampu bertahan sehingga 50 Juta klik.

Perbezaan di antara Rival 310 dan Sensei 310 ialah rekaan tubuh. Sensei 310 boleh digunakan oleh kedua-dua tangan manakala Rival 310 hanya untuk pengguna tangan kanan. Harga jualan kedua-dua tetikus ialah $60 (~RM 257) sebuah.


EmoticonEmoticon