Snap Dilaporkan Ingin Membeli Pengeluar Dron Selfie Hover Camera

Hover Camera ialah dron yang direka khas untuk mengambil selfie. Dron kompak ini boleh dilipat bagi memudahkannya dibawa kemana-mana. Laporan dari The Information mengatakan Snap berminat untuk membeli Zero Zero Robotic, pengeluar Hover Camera.

Dron yang dijual pada harga $500 sebuah ini kini dijual secara eksklusif di Apple Store. Pegawai eksekutif Zero Zero Robotics buat masa ini menidakkan terdapat perbincangan diantara syarikat beliau dan Snap. Snap mungkin berminat membeli Zero Zero Robobics bagi membina dron selfie mereka sendiri sebagai peranti berkamera kedua selepas menghasilkan Spectacles tahun lalu.


EmoticonEmoticon