Peranti Android Anda Kelak Akan Perlihatkan Kapasiti Bateri Peranti Bluetooth Yang Dihubungkan

Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti berhubung yang dipautkan ke telefon pintar Android – termasuk seperti fon telinga, jam tangan pintar, dan sebagainya. Salah satu cabaran untuknya pada hari ini adalah untuk menyemak baki bateri pada sesuatu peranti yang dihubungkan melalui Bluetooth berkenaan – dimana perlu menyemaknya satu per satu.

Kini, melalui versi Android akan datang, ia turut bakal menyertakan sokongan yang memperlihatkan paparan baki kapasiti bateri untuk peranti yang dihubungkan melalui Bluetooth.

Ciri seumpama ini telah tersedia pada beberapa peranti Android, tetapi kini Google memilih untuk mengintegrasikannya pada sistem operasi utama – sekaligus membawa ia kepada semua peranti Android akan datang.

Walaubagaimanapun, ciri ini mungkin mengambil sedikit masa sebelum hadir, memandangkan versi Android O sudah menghampiri pelancaran rasmi – dan mungkin ciri ini akan hadir pada kemaskini akan datang.


EmoticonEmoticon