Pengguna Instagram Berusia Bawah 25 Tahun Menghabiskan Lebih 32 Minit Sehari Padanya

Instagram hari ini menyambut ulang-tahun pertama sejak pengenalan ciri Instagram Stories. Melalui ciri berkenaan, ia membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Pengenalan ciri ini juga secara tidak langsung mempertingkatkan masa yang dihabiskan oleh pengguna pada aplikasi Instagram.

Berkongsi lanjut mengenainya, Instagram mengatakn pengguna yang berusia bawah 25 tahun menghabiskan secara purata masa lebih 32 minit pada aplikasi berkenaan setiap hari. Bagi mereka yang lebih daripada 25 tahun pula, secara purata mereka habiskan masa selama 24 minit sehari pada aplikasi berkenaan.

Angka ini boleh dikatakan agak tinggi, dan tidak mustahil untuk Instagram terus mengintegrasikan beberapa ciri-ciri untuk memastikan pengguna menghabiskan tempoh masa yang lebih lama pada platform mereka.

Berkongsi lanjut juga, Instagram mengatakan hampir lebih 50% perniagaan pada platform Instagram telah hasilkan Instagram Stories mereka tersendiri.


EmoticonEmoticon