Nintendo Disaman Kerana Rekaan Switch Didakwa Melanggar Paten

Nintendo Switch ialah konsol hibird yang boleh dimainkan pada televisyen dan juga berfungsi sebagai konsol mudah alih. Jualan Switch amat menggalakkan kerana amat di luar jangkaan Nintendo. Syarikat dari Jepun ini berhadapan dengan saman pula di Amerika Syarikat kerana rekaan Switch yang dikatakan melanggar paten milik Gamevice.

Gamevice pernah menghasilkan Wikipad, konsol mudah berasaskan Android. Tablet Wikipad boleh dimasukkan ke dalam kerangka khas yang mempunyai pelbagai butang kawalan bagi memudahkan perrmua dimainkan. Ini menurut Gamevice menjadikan rekaan Switch melanggar paten milik mereka.

Pada waktu yang sama Gamevice menghasilkan alat kawalan untuk iPad dan iPhone yang mempunyai rekaan yang didakwa ditiru oleh pengawal Joy-Con Switch. Pihak Gamevice mahu jualan Switch dihentikan selagi kes tidak diselesaikan. Nilai saman yang diminta juga tidak dinyatakan.


EmoticonEmoticon