India Akhirnya Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Ujian Kepakaran Menggunakan Mesin Taip

Di Malaysia adalah amat sukar melihat orang menggunakan mesin taip. Sekitar dua puluh tahun yang lalu, kami masih ingin masih wujud perkhidmatan menaip di luar pejabat imigresen apabila surat rasmi diperlukan. Langkah pemodenan yang dilakukan di bawah program MSC Tun Dr Mahathir menyebabkan mesin taip pupus dan digantikan dengan komputer.

Tetapi di India penggunaan mesin taip masih meluah. Sijil menaip digunakan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan pekerjaan di pejabat kerajaan. Dokumen rasmi masih lagi ditaip untuk digunakan di mahkamah. India akhirnya bersedia untuk berpindah kepada sistem digital dan ujian kepakaran menggunakan mesin taip terakhir akan berlangsung hari ini.

Ini ialah salah satu usaha di bawah “Digital India” bagi memodenkan India dan menggalakkan penggunaan komputer. Ramai yang mungkin tertanya-tanya mengapa mesin taip boleh bertahan dengan lama di India. Sebab utamanya ialah kos yang murah serta kemiskinan yang tinggi di negara ini.

Bagi sebuah negara yang terkenal dengan jumlah pengaturcara yang tinggi dan menghasilkan tokoh teknologi seperti Satya Nadella, sudah tiba masanya India bergerak seiring dengan peredaran zaman.


EmoticonEmoticon