HBO Digodam Menyebabkan Skrip Game Of Thrones Dan Episod Ballers Tertiris

Pada zaman dahulu peggodam akan merosakkan rekabentuk laman yang digodam. Data pengguna turut akan dicuri dan kemudian dilepaskan kepada umum. Trend godaman terkini ialah mencuri maklumat rahsia dari syarikat media. HBO baru sahaja menjadi mangsa godaman menyebabkan skrip siri Game of Thrones serta beberapa episod siri HBO tertiris ke arena web.

Menurut laporan Entertaintment Weekly, data sebesar 1.5TB telah berjaya dicuri. Antara yang dicuri ialah skrip siri Game of Thrones serta beberapa episod siri Ballers serta Room 104. Pihak penggodam berkata mereka akan meniriskan beberapa lagi kandungan yang dicuri di masa hadapan.

Ini bukan kali pertama HBO digodam. Tahun lalu empat episod Game Of Thrones tertiris awal selepas berjaya dicuri. Pada awal tahun ini beberapa episod Orange Is The New Black ditiriskan ke internet selepas Netflix enggan membayar wang tebusan kepada penggodam.


EmoticonEmoticon