Gambar Pengolokan Jam Tangan Pintar Fitbit Akan Datang Tertiris Ke Web

Pada bulan Mei lepas, kita sedia melihat gambar pengolokan untuk jam tangan pintar Fitbit hadir ke web. Hari ini, beberapa gambar lanjutan hadir – memperlihatkan ia daripada beberapa sudut berbeza.

Fitbit Watch

Daripada gambar yang diterbitkan oleh Wareable ini, ia memperlihatkan rekaan jam tangan pintar Fitbit yang sedikit menyerupai Fitbit Blaze sebelum in. Seperti biasa, ia turut menyertakan sensor denyutan nadi, dan dijangka hadir dalam beberapa pilihan warna.

Ia sedikit sayang untuk melihat Fitbit memilih rekaan seumpama ini, dan bukannya menggunakan elemen rekaan daripada Pebble.

Apa pun, seperti biasa, ini adalah imej pengolokan awal, dan mungkin jam tangan yang akan hadir kelak sedikit berbeza.


EmoticonEmoticon