Pengeluaran Sony PlayStation 3 Di Jepun Sudah Dihentikan

PlayStation 3 ialah generasi ke-enam yang bertarung dengan Xbox 360 dan Nintendo Wii. Konsol ini ialah yang pertama di dunia yang menyokong penggunaan cakera Bluray. Di Jepun pengeluarannya telah secara rasmi ditamatkan menurut laman rasmi Sony Jepun.

Sony PlayStation 3 dilancarkan pada tahun 2006. Selepas hampir 11 tahun ia sudah terjual lebih dari 83 Juta unit. Ia adalah konsol yang memperkenalkan pemain kepada dunia Uncharted dan The Last of Us. Walaupun popular ia masih di belakang Nintendo Wii dan Xbox 360 dari segi jualan. Selamat tinggal PlayStation 3. Kepada yang mungkin mahu mengumpul konsol, anda perlu membeli konsol ini sekarang sebelum kehabisan stok.


EmoticonEmoticon