iFlix Bekerjasama Dengan tvOne Untuk Menstrim Perlawanan Langsung Bola Sepak Di Indonesia

iFlix merupakan perkhidmatan penstriman video yang terdiri daripada pelbagai rancantan televisyen dan juga filem. Kini, selain daripadanya, iFlix juga sedang melihat untuk menambah penstriman siaran sukan secara langsung – sekaligus memberikan platform mereka kelebihan berbanding beberapa pesaing lain, termasuk Netflix.

iFlix buat masa ini telah mengumumkan kerjasama dengan tvOne di Indonesia untuk menstrim perlawanan langsung bola sepak dari negara berkenaan, meliputi Liga 1 dan juga Liga 2.

Melalui kerjasama ini, ia sekaligus membolehkan pengguna iFlix turut menonton siaran bola sepak berkenaan dimana-mana sahaja, termasuk melalui peranti mudah-alih. Walaubagaimanapun, ia dijangka terhad untuk pasaran Indonesia sahaja buat masa ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada iFlix akan mengumumkan kerjasama lebih kurang serupa di negara-negara lain. Sekiranya ya, ia semestinya memberikan kelebihan terhadap iFlix, terutamanya dikalangan peminat sukan seluruh dunia.


EmoticonEmoticon