'Lelaki nak cari awek/bini, jangan cari yang pemalas!' - Bengang housemate 'cantik' pengotor


Bila duduk rumah sewa yang dikongsi dengan penyewa yang tidak begitu dikenali, bermacam-macam perangai yang ada. Tetapi yang paling teruk sekali untuk dihadapi ialah penyewa yang pengotor orangnya. 

Masalah kebersihan sentiasa menjadi isu dalam rumah sewa di mana ada penyewanya yang gemar mementingkan diri dan tidak menghiraukan perasaan penyewa lain. Apabila ditegur, muka masam mencuka dan melenting habis! 

Utamakanlah kebersihan tak kiralah anda penyewa lelaki atau perempuan. Jangan jadi seperti rakan serumah kepada pengguna Twitter ini. Tengok gambar biliknya pun dah tergamam. 

LELAKI, nanti nak cari awek atau bini, please jangan cari yang pemalas. Aku tak tahulah nak cakap budak rumah sewa aku ni. Cantiknya kat luar tu Subhanallah ciptaan Tuhan. Tapi kalau tahu perangai pengotor dan pemalasnya kat rumah, Astaghfirullah! 

Memasak, tak pernah dikemas balik. Minyak sampai atas lantai. First or second day aku baru check in rumah ini, bolehlah aku tolong kemaskan. Tetapi dah tengok macam tak ada peningkatan, so girls, lantak kau sana. 

Menyapu. Mula-mula masuk rumah terkejut okey tengok rumah. Tapi tak apalah. Whole day kemas rumah dengan kawan seorang. Dari luar pun orang dah boleh agak macam mana keadaan dalam rumah. Malu weh sebab rumah sewa perempuan. Daun kering tu setinggi alam di depan pintu rumah. Kau rasa? 

Sampah. Ya Allah, tak pernah reti dibuang sampai berulat. Kadang-kadang, plastik-plastik maggi dicampak saja di luar tong sampah. Apa ke setan perangai. 

Bilik air. Nasib baiklah tingkat bawah ini ada bili kaku je. Yang lain floor atas. Tapi aku paling sakit hati bila ditumpangnya tandas, pastu tak reti nak lilit balik paip getah tu!?! Pastu, berak tolong pam dan jangan disentuh barang mandian aku! Urghh! 

Kesombongan. Okey, ini paling macam, eh, hampa dah lah pengotor, aku masuk sini aku kemas habeh satu rumah. Dapur tu aku sental, depan rumah aku bakar semua daun. Pastu aku penat-penat aku senyum, eh? Boleh dijeling? Ke memang marah aku bersihkan rumah? Ke memang hampa kena duduk dalam kekotoran? 

So sekarang dah nak dekat sebulan dan aku nak keluar dari rumah ini. Tak tahan weh. Memang orang boleh cakap, "Abaikan saja, tak payah tolong kemas. Nanti depa lagi naik lemak". Masalahnya hang tak faham bila benda itu depan mata dan menyakitkan! Memang boleh diabaikan tetapi hari-hari nak sakit hati tengok. Nak tak nak, kena kemas juga.

Lelaki please, perempuan cantik di luar sana itu tak semua pembersih. Kalau bercinta video call tu, terus on the spot suruh dia tunjuk keadaan bilik dia, rumah, dapur bagai. Buat secara mengejut dan baru kau tahu. 

Kalau hang rasa hang dah cukup rajin, okey, hang diizinkan ada bini pemalas dan pengotor. Tapi kalau rasa hang pun malas, tolonglah cari bini yang pembersih supaya rumah nanti tak jadi macam tongkang pecah dan dapat jadi teladan kepada anak-anak. Sekian.

Sumber: Puteri Abah


EmoticonEmoticon