Microsoft Dilaporkan Bersetuju Untuk Mengambil-Alih GitHub – Akan Diumumkan Seawal Esok

Lanjutan daripada desas-desus beberapa hari lepas, kini Bloomberg melaporkan mengatakan Microsoft telah bersetuju untuk mengambil-alih Github.

GitHub merupakan salah satu syarikat yang menawarkan kemudahan untuk para pembangun perisian dan web untuk memuat-naik kod mereka, dan seterusnya bekerjasama dengan pengaturcara lain dalam pembangunan. Ia boleh dikatakan salah satu perkhidmatan yang digunakan secara meluas oleh pelbagai pengaturcara diseluruh dunia.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan menyelesaikan masalah GitHub untuk menjana duit, sementara Microsoft akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dikalangan pengaturcara, selain meneruskan sokongan mereka ke arena sumber terbuka.

Pada hari ini, GitHub digunakan lebih 27 juta pengaturcara, termasuk digunakan oleh syarikat besar seperti Google, Microsoft dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai pengambil-alihan GitHub oleh Microsoft ini seawal esok.


EmoticonEmoticon