Xiaomi Redmi S2 Diperkenalkan Secara Rasmi – Memfokuskan Kepada Sokongan Swafoto

Xiaomi sedia mempunyai beberapa siri telefon dibawah nama Redmi, dan kini mereka turut hadir dengan siri baru dengan penggunaan nama “S” – dimana ia memfokuskan kepada ciri “Swafoto” pada telefon berkenaan.

Telefon pertama yang diperkenalkan dibawah Redmi S ini adalah Xiaomi Redmi S2.

Xiaomi Redmi S2

Xiaomi Redmi S2 ini hadir dengan kamera hadapan 16-megapixel, dan menggunakan lensa 2μm yang menawarkan sokongan rakaman gambar yang cantik walaupun ketika persekitaran gelap. Disamping itu, Redmi S2 ini juga turut menyertakan sokongan pencahayaan lembut pada kamera hadapan.

Dengan fokus terhadap swafoto juga, Xiaomi turut menyertakan sokongan kecerdasan buatan dalam menjadikan rakaman gambar swafoto anda lebih cantik, termasuk menawarkan mod merakamkan gambar swafoto dengan latar yang dikaburkan.

Xiaomi Redmi S2

Xiaomi Redmi S2

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Redmi S2 hadir dengan skrin 5.99-inci dengan nisbah 18:9, menggunakan cip Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut hadir dengan sokongan mikro-SD, dan menggunakan sokongan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Untuk rakaman kamera belakang pula, Xiaomi Redmi S2 hadir menggunakan dwi-kamera 12-megapixel + 5-megapixel, dan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 3080mAh bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, Redmi S2 hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada Redmi S2 ini akan dipasarkan pada peringkat global atau sebaliknya.


EmoticonEmoticon