Spesifikasi Nokia X6 Akhirnya Tertiris

Nokia X6 akan dilancarkan pada 16 Mei hadapan di China. Ia akan menjadi peranti pertama keluaran Nokia dengan rekaan skrin bertakuk. Walaupun rekaannya sudah tertiris jauh lebih awal, spesifikasinya masih kekal misteri sehinggalah hari ini.

Peranti ini akhirnya memasuki pangkalan data TENAA dengan nombor model TA-1099. Peranti dilengkapi skrin 5.8″ FHD+ dengan nisbah skrin 19:9, dijana pemproses Snapdragon 636, memori 3/4/6 GB RAM, storan 32/64 GB dan bateri sebesar 3000 mAh. Kamera hadapan sebesar 16-Megapixel manakala kamera hadapan adalah gabungan sensor 16-Megapixel dan sensor kedua yang tidak diketahui saiznya. Maklumat lebih lengkap pastinya diketahui minggu hadapan.


EmoticonEmoticon