Samsung Ingin Membekalkan Pemproses Exynos Kepada ZTE Dan Pengeluar Lain

Pemproses Exynos 9810  ialah pemproses paling berkuasa untuk peranti Android tahun ini. Samsung Galaxy S9 dengan pemproses Exnyos 9810 mencatatkan markah penanda aras yang lebih tinggi berbanding model dengan Snapdragon 845. Sungguhpun begitu pemproses keluaran Samsung ini tidak digunakan secara meluas dengan Meizu menjadi pelanggan dengan Exynos 8895 digunakan pada Meizu 15 baru-baru ini.

Laporan terkini Reuter mengayakan Samsung kini sedang berbincang dengan ZTE dan beberapa pengeluar lain untuk membekalkan pemproses Exynos kepada mereka. Bagi ZTE ini mungkin jalan penyelesaian ketiadaan pemproses selepas diharamkan dari membeli perkakasan dari syarikat Amerika Syarikat selama tujuh tahun.

Penjualan pemproses Exynos kepada pengeluar lain turut akan menguntungkan Samsung sekaligus membolehkan mereka bersaing dengan Qualcomm yang menjadi pembekal pemproses mudah alih nombor satu dunia.


EmoticonEmoticon