Rekaan Dan Spesifikasi Huawei Watch 2 2018 Tertiris

Tahun ini Huawei Watch 3 dipercayai akan dilancarkan. Ura-ura kewujudannya sudah didengari sejak MWC 2018. Hari ini rekaan  serta spesfikasi Huawei Watch 2 2018 telahpun ditiriskan oleh @evleaks.

Sekilas pandang perbezaan di antara Huawei Watch 2 dan Watch 2 2018 adalah tidak ketara. Perubahan hanya dilakukan pada rekaan tali yang mempunyai corak berbeza serta warna yang lebih ranggi. Tiada perubahan langsung dari segi spesifikasi jika dibandingkan dengan Huawei Watch 2 asal.

Ia masih dilengkapi skrin 1.2″ AMOLED, pemproses Snapdragon 2100, memori sebesar 768 MB, storan 4GB, bateri 420 mAh dan menggunakan Wear OS. Ia mempunyai kemampuan kalis air IP68 serta pengimbas nadi terbina.


EmoticonEmoticon