PlayStation 4 Edisi Terhad Berwarna Biru Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1299

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan penawaran PlayStation 4 edisi terhad berwarna biru – atau yang mana dikenali dengan nama “PlayStation 4 Days of Play Limited Edition” untuk pasaran tempatan.

PlayStation 4

Konsol edisi terhad ini akan ditawarkan pada harga RM1299, dimana ia hadir dengan storan 500GB. Konsol edisi terhad ini menawarkan rekaan berwarna biru, termasuk untuk alat kawalan DualShock 4.

Bersama-sama konsol berkenaan juga, ia akan hadir dengan kad PS Plus 12+2 bulan.

Bagi anda yang meminati rekaan konsol edisi terhad ini, boleh menyemak kedai jualan berhampiran anda bermula 8 Jun 2018 kelak.

PlayStation 4


EmoticonEmoticon