Nokia X6 Diperkenalkan Secara Rasminya – Hadir Dengan Rekaan Skrin Bertakuk

Nokia hari ini menghidupkan kembali siri telefon pintar Nokia X mereka, dan telah memperkenalkan model pertama dibawahnya, iaitu Nokia X6.

Nokia X6Nokia X6 hadir dengan skrin bersaiz 5.8-inci dan dilengkapi paparan pada resolusi 1080×2280 pixel. Mengikut tradisi pelbagai telefon pintar masa kini, Nokia X6 ini turut hadir dengan skrin bertakuk pada bahagian atas, sekaligus membawa nisbah skrin 19:9 bersama dengannya.

Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB.

Nokia X6 menyertakan dwi-kamera belakang yang mengabungkan sensor RGB 16-megapixel dan sensor monokrom 5-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah kamera hadapan 16-megapixel untuk swafoto.

Nokia X6 menggunakan bateri berkapasiti 3060mAh yang boleh dicas menggunakan kabel USB 3.0. Nokia mengatakan ia boleh dicas sehingga 50% dalam masa 30 minit.

Nokia X6 turut hadir dengan antaramuka asli Android tanpa penambahan kosmetik, dan dijanjikan bakal menerima kemaskini Android P.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilancarkan untuk pasaran global termasuk Malaysia.


EmoticonEmoticon