Nokia 8 Mula Menerima Kemaskini Yang Menyertakan Mod Pro Camera

Mod Pro Camera merupakan salah satu ciri yang popular pada siri peranti Nokia Lumia sebelum ini – dimana melaluinya ia menawarkan sejumlah ciri kawalan untuk rakaman gambar, sekaligus memudahkan pengguna menghasilkan rakaman yang berkualiti dan cantik. Selepas membawa mod berkenaan pada peranti baru Nokia menggunakan Android sebelum ini, hari ini ciri berkenaan turut hadir ke Nokia 8.

Pengguna Nokia 8 hari ini boleh menyemak kemaskini sistem operasi pada peranti mereka bermula hari ini, sekaligus turut mengakses kepada mod rakaman baru ini.

Melaluinya, anda secara manual boleh memfokuskan kepada gambar, mengawal ISO, kelajuan rakaman, dan pelbagai tetapan rakaman yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Nokia 8, mungkin boleh menyemak peranti anda hari ini.


EmoticonEmoticon