Mingguan Amanz – HTC U12+, Oppo R15 Pro, Acer Predator Helios 500

Minggu ini menyaksikan HTC melancarkan peranti mercu mereka yang terbaru, iaitu HTC U12+ – hadir dengan dwi-kamera hadapan dan juga belakang. Selain itu, di Malaysia, beberapa peranti baru telah dilancarkan, termasuk Honor 10 dan juga Huawei Nova 3e.

Oppo juga turut telah melancarkan Oppo R15 Pro untuk pasaran tempatan, yang mana hadir dengan rekaan skrin bertakuk dan dwi-kamera belakang. Disamping itu, sejumlah penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuk OnePlus 6.

Xiaomi turut tidak ketinggalan, dan telah mengumumkan penawaran Mi Mix 2S dan Redmi S2 untuk pasaran tempatan.

Acer pada acara khas di New York turut telah melancarkan sejumlah produk baru mereka, termasuk kemaskini kepada komputer riba Swift 5, Predator Helios 500, Predator Orion 5000 dan sejumlah model lain yang menarik.

Dan akhir sekali, kerajaan kini mengumumkan yang mana mereka akan mengusahakan penawaran kelajuan yang lebih pantas pada harga lebih mampu-milik.


EmoticonEmoticon