Mingguan Amanz – Google I/O, Microsoft Build, Xiaomi Redmi S2

Google minggu ini mengadakan acara Google I/O, sekaligus berkongsi sejumlah perkembangan menarik syarikat mereka, termasuk memperkenalkan Android P Beta untuk sejumlah peranti, selain penambah-baikkan pada Google Photos, antaramuka baru Google Drive, selain beberapa ciri-ciri baru pada Google Maps.

Xiaomi pada minggu ini telah memperkenalkan Redmi S2 secara rasminya yang memfokuskan kepada selfie. Huawei turut tidak ketinggalan, dan telah hadir dengan Huawei Y3 2018 berasaskan Android Go. Di Malaysia, Huawei dijangka akan menawarkan Honor 3e secara rasminya tidak lama lagi.

Microsoft minggu lepas turut telah mengadakan acara BUILD dan berkongsi sejumlah perkara menarik, termasuk pengenalan ciri Timeline pada peranti mudah-alih Android dan iOS.

Dan akhir sekali, pihak Grab dilihat telah mula menguji antaramuka baru pada aplikasi mereka yang lebih kemas dan ringkas berbanding sebelumnya.


EmoticonEmoticon