Kadar Sifar Untuk Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) Bermula 1 Jun 2018

Sejak tahun 2015, kerajaan telah menukar sistem percukaian dan mengenakan cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) kepada perniagaan yang menepati syarat percukaian. Cukai sebanyak 6% dikenakan dari pengeluar, pengilang, dan pengedar. Cukai ini sekaligus memberikan kesan terhadap pelbagai perkhidmatan di internet, antaranya harga langganan penstriman, harga pelan prabayar dan pascabayar dan sebagainya.

Namun sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan yang kini telah memegang tampuk pemerintahan Malaysia, pada hari ini Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengumumkan yang mana kadar cukai GST akan dikenakan pada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun 2018 dan ia berkuatkuasa di seluruh negara.

Peniaga-peniaga yang berdaftar dengan cukai GST perlu mematuhi perundangan ini dan memastikan kadar sifar 0% dikenakan untuk GST selepas tarikh tersebut. Dengan kadar sifar yang dikenakan untuk GST, mungkin harga peranti, harga perkhidmatan berasaskan internet dijangka akan lebih murah dan lebih mampu milik untuk semua.


EmoticonEmoticon