Huawei Menawarkan Diskaun 6% Untuk Sejumlah Peranti Mereka – Persediaan GST Kadar Sifar?

Semalam, pihak kerajaan telah mengumumkan kadar sifar untuk GST bermula daripada 1 Jun 2018 kelak. Kini, mengambil langkah awal, pihak Huawei kini mengumumkan pulangan tunai 6% antara hari ini hingga 31 Mei 2018 kelak untuk pembelian sejumlah peranti keluaran mereka yang terpilih.

Huawei GST 6 Peratus

Pulangan tunai ini meliputi pelbagai peranti Huawei, termasuk beberapa telefon pintar terkini, iaitu Huawei Mate RS, Huawei P20 Pro, Huawei P20 – dan juga Huawei Nova 3e yang baru diumumkan untuk pasaran tempatan.

Huawei Promo 6%

Bagi anda yang berkira-kira untuk mendapatkan telefon keluaran Huawei, mungkin boleh menyemak peranti kegemaran anda di kedai pengedar Huawei berdekatan seluruh negara.


EmoticonEmoticon