Facebook Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Kriptowang Tersendiri

Facebook pada awal minggu ini telah menubuhkan sebuah bahagian khusus memfokuskan kepada teknologi rantaian-blok. Menariknya, kini laporan baru hadir daripada Cheddar, mengatakan menurut beberapa sumber terdekat mereka, Facebook dikatakan ingin membangunkan kriptowang tersendiri.

Melalui penawaran kriptowang ini, ia dijangka akan memudahkan lagi proses pembayaran pada dan melalui platform sosial berkenaan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi, termasuk kepantasan pemindahan bayaran, kos pemindahan, dan beberapa perkara yang lain.

Pada awal minggu ini, Facebook telah menubuhkan bahagian khusus memfokuskan kepada teknologi rantian-blok yang diketuai oleh David Marcus. Menariknya, beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah untuk Coinbase, iaitu salah satu laman jual-beli kriptowang popular di dunia.

Dengan kepakaran dan kelebihan beliau, ia mungkin memudahkan proses implementasi kriptowang pada perkhidmatan sosial berkenaan.

Seperti biasa, pihak Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini buat masa ini.


EmoticonEmoticon