Asus Zenfone Live L1 Dilancarkan Di Indonesia Pada Harga Amat Mampu Milik

Di Indonesia, Asus Zenfone 5Z, 5 dan Live L1 telah dilancarkan hari ini. Telefon pintar Asus Zenfone Live L1 mungkin paling menarik di antara ketiga-tiga peranti kerana ia dijual pada harga amat mampu milik bermula dari RP 1.399,000 (~RM 396) sebuah.

Ia dilengkapi skrin sebesar 5.5″ IPS LCD HD+ Fullview dengan nisbah 18:9, dijana pemproses Snapdragon 425, memori 2/3 GB RAM, storan 16/32 GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Ia tidak dilengkapi pengimbas cap jari tetapi mempunyai sistem nyahkunci menggunakan wajah. Seminggu lalu Zenfone Live L1 diumumkan sebagai peranti Android Go tetapi di Indonesia ia menggunakan Android Oreo dengan pelancar ZenUI 5.

Di Indonesia Asus Zenfone Live L1 dijual pada harga RP 1,399,000 (~RM 396) untuk versi 2GB/16GB dan RP 1.699,000 (~RM 481) untuk versi 3GB/32GB. Tidak diketahui sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan tetapi tahun lalu Asus Zenfone Live dilancarkan di Malaysia


EmoticonEmoticon