Apple Meminta Samsung Membayar Ganti Rugi $1 Bilion Kerana Melanggar Paten Rekaan iPhone

Apple telah menyaman Samsung kerana mendakwa peranti Galaxy melanggar paten rekaan iPhone milik mereka. Pada tahun 2012, mahkamah Amerika Syarikat memutuskan Samsung perlu membayar ganti rugi $1 bilion (~RM 3.96 bilion) kepada Apple. Selepas rayuan oleh Samsung, jumlah bayaran dikurangkan ke $548 juta (~RM 2.17 bilion). Ini kerana Samsung berkata bayaran ganti rugi sepatutnya berdasarkan paten yang dilanggar dam bukan harga jualan kesemua peranti yang melanggar paten.

Minggu ini Samsung dan Apple kembali ke mahkamah selepas mahkamah tinggi mengarahkan kes ini didengari semula di mahkamah rayuan. Samsung merayu bayaran ganti rugi $548 juta (~RM 2.17 bilion) yang telah dibayar pada tahun 2015 dikurangkan lagi. Apple membantah dan kini mahu Samsung membayar $1 bilion kerana “melanggar paten mereka berjuta juta kali” sejak kes ini dibicarakan. Pihak Samsung pula hanya bersedia membayar ganti rugi maksimum $28 juta (~RM 111 juta) sahaja dari apa yang diminta Apple.

Walaupun saling beperang di antara satu sama lain di mahkamah, kedua-dua syarikat masih berurusan dalam penghasilan skrin OLED untuk iPhone.


EmoticonEmoticon