10 dan 11 Mei hari kelepasan am seluruh negara - KSN


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan cuti umum pada 10 dan 11 Mei serta 13 Mei bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan. 

Pengumuman itu dibuat bersempena keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

"Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," kata kenyataan media tersebut.


EmoticonEmoticon