Twitter Menguji Paparan Antaramuka Bertema Gelap Pada Web

Twitter sebelum ini telah sedia memperkenalkan ciri tema berwarna gelap pada aplikasi mudah-alih Android dan iOS. Kini, selain kedua-duanya, pihak Twitter turut telah memulakan ujian untuk paparan antaramuka bertema gelap di web utama mereka.

Daripada ujian yang dapat diakses segelintir kecil pengguna, ia membolehkan pengguna mengubah paparan berlatar berwarna putih pada web Twitter.com kepada paparan berwarna gelap. Ini sekaligus menjadikan pengguna lebih mudah menikmati kandungan di Twitter tanpa melihat paparan yang terlalu cerah dan mungkin menyakitkan mata.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah pihak Twitter akan menawarkannya kepada semua.


EmoticonEmoticon