TM Menamatkan Perkhidmatan Jalur Sempit 1515, 1525, Dan EZnet 1315 Pada 1 Oktober 2017

Bagi anda yang pernah menggunakan perkhidmatan internet sekitar sedekad yang lepas, mungkin sedia mengenali perkhidmatan internet awal yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia dibawah jenama TMnet, dimana antaranya adalah 1515.

Kini, dengan era internet berkelajuan tinggi melalui jalur lebar, pihak Telekom Malaysia telah mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan jalur sempit (narrowband) bermula 1 Oktober 2017 kelak. Perkhidmatan yang akan ditamatkan adlaah 1515, 1525, dan juga EZnet 1315.

TM meminta para pelanggan yang masih menggunakan perkhidmatan jalur sempit in untuk beralih kepada perkhidmatan UniFi, Streamyx atau webeBroadband.


EmoticonEmoticon