Sony Mermperkenalkan Pembesar Suara 7.1 Sony HT-ST5000 Di Malaysia – Hadir Dengan Sokongan Teknologi Audio Dolby Atmos

Jika anda sudah mempunyai sebuah televisyen besar yang menyokong teknologi-teknologi paparan terkini seperti resolusi 4K dan juga HDR (High Dynamic Range), kini tiba masanya untuk anda fikirkan tentang kualiti audio pembesar suara anda pula.

Terkini, pihak Sony baru sahaja mengumumkan kehadiran pembesar suara soundbar terbaru mereka, Sony HT-ST5000 untuk pasaran Malaysia. Soundbar ini hadir dengan konfigurasi pembesar suara 7.1 yang sedikit berbeza berbanding dengan pembesar suara lain yang mempunyai rekabentuk yang sama.

Dengan bantuan teknologi Dolby Atmos, pembesar suara HT-ST5000 ini bukan sahaja akan mengeluarkan bunyi ke hadapan, tetapi juga akan melantunkan bunyi ke arah siling, dan memberikan pengguna pengalaman bunyi sekeliling yang membuatkan mereka rasa seperti mereka berada di dalam sebuah panggung wayang.

Pembesar suara Sony HT-ST5000 ini akan mula dijual pada 10 Ogos 2017 untuk harga RM6999. Ia boleh didapati di kedai-kedai Stony Store dan juga Harvey Norman.

Dalam pada itu, Sony Malaysia juga sedang mengadakan jualan Merdeka di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, dan ia hadir dengan diskaun untuk pelbagai peranti, termasuklah TV, fon kepala dan juga Walkman sepanjang minggu ini.

TV kelas bangsawan Sony Bravia A1 HDR OLED TV juga boleh dibeli di acara tersebut, dan menariknya, jika anda membeli sebuah TV sewaktu acara tersebut, tidak kira yang bersaiz 55 inci (RM16999) ataupun 65 inci (RM29,999), anda akan mendapat sebuah konsol permainan video Sony PlayStation 4 Pro bernilai RM1799 secara percuma, bergantung kepada stok.


EmoticonEmoticon