Rekaan Dan Spesifikasi YotaPhone 3 Tertiris

YotaPhone mempopularkan penggunaan skrin kedua e-ink pada bahagian belakang peranti. Versi ketiga peranti ini, YotaPhone 3 telah diumumkan pembangunannya April lalu. Hari ini rekaan serta beberapa spesifikasinya telahpun tertiris.

 YotaPhone 3 masih lagi mengekalkan rekaan dwi-skrin dengan skrin sekunder menggunakan panel e-ink. Dari segi spesifikasi pula skrin hadapan sebesar 5.5″ manakala skrin belakang sebesar 5.2″. Ia akan diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 625, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64/128 GB.

Kamera belakang sebesar 12-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel. Dari segi rekaan peranti kini mempunyai tubuh yang lebih berkotak dan sebuah pengimbas disertakan pada bahagian dagu peranti. Tarikh pelancaran peranti ini masih lagi misteri.


EmoticonEmoticon