Peratusan Penggunaan Android Nougat Kini Ditahap 13.5%

Peratusan peranti yang menggunakan Android Nougat terus meningkat semakin hampir kita kepala tarikh  pelancaran Android O. Sebanyak 13.5% peranti kini menggunakan Nougat dengan 12.3% masih lagi pada versi 7.0. Ini adalah peningkatan dari 11.5% pada bulan lalu.

Versi dengan peratusan tertinggi masih lagi Android Marshmallow dengan 32.3%. Ini diikuti pula oleh Lollipop (29.2%) dan KitKat (16%). Peningkatan peranti baru yang dilancarkan menggunakan Android 7.0 menyumbang kepada peningkatan bulan ini.  Setelah hampir setahun penggunaan versi terkini Android masih di bawah 20%. Kadar kemaskini masih lagi perlahan jika dibandingkan dengan iOS.


EmoticonEmoticon