Penuh Aksi, Filem Balun Bakal Gegarkan Pawagam!

Bukan selalu kita dapat saksikan barisan pelakon berpengalaman atau pun seringkali digelar orang lama dalam industri atau pun otai. Namun melalui barisan pelakon filem Balun, ternyata ia bukanlah filem biasa biasa.

Filem Balun mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.

Namun kepulangan Hassan ke kampung menimbulkan rasa kurang senang kepada pembunuh ayahnya, Shahid Blond (Eizlan Yusof). Sebenarnya, punca segala perebutan tanah ayah Hassan adalah kerana Orang Kaya Tuan Seman mengetahui tanah tersebut mempunyai Emas.

Apa yang pasti, pertemuan dan perkaitan di antara watak watak utama di dalam filem ini ternyata membuatkan penonton tidak sabar sabar untuk menantikan babak seterusnya. Selain Beto dan Eizlan Yusof, Namron dan juga Izara Aishah turut membintangi filem ini.

Kami kongsikan trailer filem ini yang ternyata memberi gambaran jelas konflik dan juga pertelingkahan yang berlaku seterusnya membawa kepada situasi tegang.

Dapatkah Hassan menyelesaikan masalah yang ada atau pun dia turut sama tewas? Nantikan amukan filem Balun di pawagam pada 17 Ogos ini.


EmoticonEmoticon