Pelayar Web Samsung Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Peranti Bukan Keluaran Samsung

Jikalau anda menggunakan peranti keluaran Samsung, mungkin anda sedia mengenali akan sebuah pelayar web yang hadir terbina selain Chrome, iaitu Samsung Internet. Selepas hanya terhad untuk peranti keluaran Samsung sahaja, kini gergasi elektronik dari Korea Selatan berkenaan turut telah mula menawarkan pelayar web berkenaan untuk peranti pengeluar lain.

Samsung Internet

Kini, sekiranya anda menggunakan telefon pintar Android menjalankan Android 5.0 dan terkini, anda berpeluang untuk memuat-turun dan mencubanya.

Pelayar web ini turut ditawarkan bersama sebuah pemalam untuk Chrome, bagi memudahkan anda sync aktiviti pelayaran anda terus ke Samsung Internet di Android. Disamping itu, ia turut hadir dengan sokongan penghalang kandungan yang menghalang paparan iklan menganggu pada peranti anda.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Android dan terkini, mungkin boleh mencuba pelayar web ini hari ini.

Muat-Turun Samsung Internet untuk Android


EmoticonEmoticon