iPhone 8, 7S Dan 7S Plus Hanya Akan Ditawarkan Dalam Tiga Warna

Dari segi pilihan warna, iPhone bertanggungjawab mempopularkan semula warna putih pada peranti dan juga kegilaan warna ros merah jambu semasa. Tahun lalu iPhone 7 dan 7 Plus ditawarkan dalam enam warna. Menurut penganalisa ternama Ming Chi Kuo, tahun ini ketiga-tiga model hanya akan ditawarkan dalam tiga warna.

Penganalisa ini turut mengatakan iPhone 8, 7S dan 7S Plus akan dilancarkan serentak pada bulan September ini. Warna yang ditawarkan ialah hitam, perak dan emas. Ketiga-tiga model turut akhirnya akan menyokong sistem pengecasan pantas 29W. Beberapa ramalan beliau sebelum ini adalah tepat dan untuk mengetahui ketepatan ramalan beliau ini kita hanya perlu menanti kurang sebulan dari sekarang.


EmoticonEmoticon