Instagram Live Menguji Sokongan Menambah Rakan Ke Siaran Langsung Anda

Instagram pada tahun lepas telah memperkenalkan sokongan Instagram Live yang membolehkan anda membuat siaran langsung dan berkongsi sejumlah perkara bersama rakan-rakan dan pengikut di Instagram. Hari ini, laman sosial berkenaan memperkenalkan satu lagi ciri tambahan untuk Instagram Live.

Bermula hari ini, Instagram akan memperkenalkan kemudahan untuk pengguna membuat siaran langsung bersama rakan-rakan lain – walaupun berada di lokasi berbeza.

Instagram Live

Ketika anda membuat Instagram Live, anda akan boleh menambah rakan baru kepada siaran anda dengan memilih daripada senarai rakan-rakan, dan seterusnya mereka akan berkongsi siaran bersama-sama anda.

Buat masa ini, Instagram hanya menguji ciri ini dikalangan pengguna yang kecil sahaja, dan ia terhad kepada dua orang pada sesuatu masa. Anda boleh membuang dan menambah rakan baru pada siaran Instagram Live anda untuk bertukar-tukar tetamu.

Instagram mengatakan ciri ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam beberapa bulan lagi.


EmoticonEmoticon