Grafik Project Cars 2 Adalah Lebih Baik Pada Xbox One X Berbanding PlayStation 4 Pro

Perang konsol akan berlangsung sekali lagi dengan pelancaran Xbox One X yang dikatakan mempunyai kemampuan “4K sebenar”. Microsoft berharap One X akan mengembalikan kepercayaan penggemar permainan video selepas kegagalan Xbox One. Project Cars 2 ialah antar permainan yang sedang dibangunkan untuk Xbox One X dan PlayStation 4 Pro. Menurut pembangun permainan ini, grafik pada konsol buatan Microsoft ini adalah lebih baik berbanding konsol Sony.

Stephen Viljoen, pembangunan Project Cars 2 di dalam temubual bersama Trusted Reviews mengatakan Xbox One X lebih berkuasa daripada PlayStation 4 Pro dan ini membenarkan tetapan grafik lebih tinggi. Keseluruhan kuasa memproses Xbox One X akan digunakan bagi memberikan kelebihan ini.

Kami amat berminat dengan Xbox One X tetapi malang sekali Microsoft masih enggan memberikan sokongan rasmi di Malaysia. Ini adalah penyebab mengapa PlayStation 4 merajai carta konsol di negara kita. Adakah anda berminat untuk membeli Xbox One X apabila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini?


EmoticonEmoticon