GMail Untuk iOS Akan Mula Memaparkan Amaran Untuk Pautan Berbentuk Memancing Data

Pautan berbentuk memancing data (phishing) sering tersebar melalui emel. Google sedia memerangi pautan berbentuk begini, dan melalui kemaskini GMail untuk iOS dalam beberapa hari lagi, mereka akan mula memaparkan amaran sekiranya sesuatu emel mengandungi pautan yang meragukan.

GMail Phishing

Disamping pada emel tersebut, pengguna juga akan turut menerima amaran tambahan selepas klik sesuatu pautan berkenaan.

Google mengatakan ciri ini akan diterima oleh semua pengguna GMail pada iOS dalam tempoh kurang 15 hari lagi.


EmoticonEmoticon