Tencent, Pemilik WeChat – Pernah Hampir Membeli WhatsApp Sebelum Facebook

WeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan yang sangat popular di China, dan turut digunakan secara meluas di pengguna sekitar Asia, termasuk Malaysia. Ia mempunyai sejumlah ciri-ciri tambahan menarik, termasuk sokongan pembayaran, permainan, malah penawaran ciri sosial menarik melaluinya.

WeChat dimiliki oleh Tencent, yang turut mempunyai sejumlah penawaran menarik lain dibawah mereka, termasuk seperti Joox, Supercell dan sebagainya.

Malah, menurut laporan Bloomberg, Tencent pada tahun 2014 yang lepas pernah ingin membeli WhatsApp, dan telah menghampiri fasa akhir untuk pembelian perkhidmatan permesejan berkenaan. Walaubagaimanapun, perkara berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara kerana CEO Tencent perlu melalui pembedahan ketika itu.

Pembedahan berkenaan sedikit melambatkan proses perbincangan akhir – sekaligus membuka peluang kepada Mark Zuckerberg mengambil-alihnya pada nilai mencapai $19 bilion.

Laporan sama turut mengatakan yang mana harga yang dibayar oleh Facebook adalah lebih dua kali ganda berbanding apa yang ingin dibayar oleh Tencent ketika itu.

Langkah ini mungkin sedikit merugikan Tencent kerana pengambil-alihan WhatsApp boleh memberikan mereka akses kepada pengguna global serta-merta berbanding pengambil-alihan sebarang aplikasi lain di pasaran.


EmoticonEmoticon