Pengeluar Peranti Boleh-Pakai, Jawbone Dilaporkan Membubarkan Perniagaan

Jawbone merupakan salah satu pengeluar peranti boleh-pakai yang pernah menjadi fokus pelbagai syarikat besar untuk diambil-alih. Walaubagaimanapun, perkara berkenaan tidak berlaku, dan kini syarikat yang dahulunya bernilai mencapai $3 bilion dilaporkan sedang dalam proses menamatkan perniagaan.

Menurut laporan The Information, Jawbone telah memulakan proses pembubaran syarikat. Walaubagaimanapun, ia dikatakan yang mana sejumlah besar pekerja akan beralih kepada syarikat baru yang dimiliki oleh pengasas mereka dinamakan Jawbone Health. Syarikat baru ini dikatakan akan meneruskan legasi tetapi memfokuskan lebih kepada peranti memfokuskan kesihatan, dan perkhidmatan disebaliknya.

Syarikat baru ini juga dikatakan kelak tidak begitu memfokuskan peranti untuk pengguna semata-mata memandangkan arena berkenaan sangat mencabar dengan penyertaan pelbagai syarikat lain.


EmoticonEmoticon