Moto C Dan Moto C Plus Memasuki Pasaran Tempatan Pada Harga Bermula RM399

Bersama-sama pengenalan Moto Z2 Play, pihak Motorola turut memperkenalkan Moto C dan Moto C Plus – dua peranti berspesifikasi rendah dengan harga mampu milik daripada mereka.

Moto C

Moto C menggunakan skrin bersaiz 5-inci FVGA, dijana menggunakan cip MediaTek MT6737, memori 1GB RAM, kamera 5-megapixel dibelakang, dan kamera hadapan 2-megapixel, storan 16GB dan juga bateri berkapasiti 2350mAh.

Moto C Plus pula hadir dengan skrin bersaiz 5-inci HD, menggunakan cip MediaTek MT6737, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Ia dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh untuk menawarkan masa penggunaan yang lama.

Kedua-dua peranti ini menggunakan Android 7.1 Nougat.

Moto C dijual pada harga RM399, sementara Moto C Plus pula ditawarkan pada harga RM539.


EmoticonEmoticon