Mingguan Amanz – Moto Z2 Play Malaysia, Asus Zenfone AR, Nokia ZEISS

Minggu ini menyaksikan pihak Lenovo melancarkan sejumlah peranti baru dibawah keluarga Moto untuk pasaran tempatan. Antara peranti yang diperkenalkan adalah termasuk Moto Z2 Play, Moto E4, Moto E4 Plus, Moto C, dan juga Moto C Plus.

Selain Lenovo, pihak Asus turut telah melancarkan telefon pintar Asus Zenfone AR pada harga mencapai RM3799. Tidak ketinggalan adalah pihak Huawei yang turut menawarkan jam tangan pintar Huawei Watch 2 untuk pasaran tempatan.

Membuat kejutan juga pada minggu ini adalah kemasukkan pihak General Mobile untuk pasaran tempatan dan menawarkan telefon Android One mereka untuk pasaran tempatan.

Dalam arena peranti juga, pihak Acer telah memperkenalkan sejumlah peranti baru untuk pasaran tempatan termasuk Acer Swift 1. DJI Spark turut telah mula menjual dron mereka untuk pasaran Malaysia.

Akhir sekali, beberapa aplikasi baru telah menerima kemaskini, termasuk CIMB Clicks untuk Android yang hadir dengan rekaan antaramuka baru.


EmoticonEmoticon