LAER – Beg Komputer Riba Dengan Power Bank 20000 mAh Dan Pengecas Tanpa Wayar Terbina

Dunia sudah banyak berubah dan keperluan membawa komputer riba dan peranti pintar di mana sahaja anda berada sudah menjadi kebiasaan. Bagi mereka yang bekerja di dalam industri profesional, ia sudah menjadi keperluan. Oleh itu sumber power bank juga diperlukan sepanjang masa bagi membekalkan kuasa kepada peranti yang dibawa.

LAER ialah sebuah beg galas untuk komputer riba yang dilengkapi dengan power bank dan pengecas tanpa wayar terbina. Ia hadir dalam kapasiti 5000 atau 20,000 mAh yang membolehkan pengecasan komputer riba yang menggunakan USB-C. Pengecas tanpa wayar terbina pula menyokong format Qi.

Bagi yang memerlukan pengecasan berkabel. terdapat sebuah USB-A yang menyokong format pengecasan QuickCharge 3.0. Beg komputer riba ini sedang mengumpul dana menerusi Indiegogo dan boleh dipesan pada harga bermula $160 (~RM 687) sebuah.


EmoticonEmoticon