Klon iPhone 8 Sudah Mula Dijual Di China

Pepatah moden mengatakan “Jika anda mempunyai idea hari ini, esok ia sudah mula dijual di China”. Kepantasan pengilang China menghasilkan produk palsu memang tidak boleh ditandingi. Apple iPhone 8 masih belum dijual di pasaran dengan hanya beberapa produk pengolokan tertiris. Ini tidak menghalang produk klon iPhone 8 untuk hadir berbulan lebih awal.

Seperti yang anda boleh lihat dari video di atas, klon iPhone 8 yang berfungsi sudah boleh dibeli. Ia tidak mempunyai rekaan semua-skrin seperti peranti sebenar. Malahan skrin yang digunakan adalah lebih kecil dari biasa. Tiada butang home fizikal pada bahagian dagu. Sebaliknya ia digantikan dengan butang kapasitif. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android yang diubahsuai untuk kelihatan seperti iOS 11.


EmoticonEmoticon