Helmfon – Topi Keledar Mengurangkan Gangguan Di Tempat Kerja

Adakah anda menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian di tempat kerja? Rakan sebelah meja memainkan lagu pada tetapan bunyi yang tinggi sehingga sukar berfikir? Anda mungkin memerlukan Helmfon. Ia sebuah topi keledar yang direka untuk memudahkan pengguna menumpukan perhatian.

Helmfon direka untuk menapis sebaran bunyi luaran dengan menggunakan sistem noise cancellation terbina. Pada waktu yang sama bunyi dari dalam topi keledar juga tidak akan mengganggu pengguna lain. Buat masa ini Helmfon hanyalah sebuah konsep yang direka oleh Hochu Rayu, seorang pereka dari Ukraine.


EmoticonEmoticon