Google Allo Menambah Ciri Memberi Reaksi Untuk Mesej Yang Diterima

Selain daripada Google Duo, satu lagi aplikasi komunikasi yang turut ditawarkan oleh Google sejak hampir setahun lepas adalah Google Allo. Aplikasi permesejan dengan integrasi Google Assistant ini telah menambah satu demi satu fungsi menarik secara berperingkat, dan hari ini kemaskini menawarkan kebolehan memberikan reaksi pada mesej yang diterima.

Google Allo

Kini, pada mesej yang diterima, anda boleh tap pada ikon hati yang dipaparkan, sekaligus memberikan petanda yang mana anda menyukai mesej berkenaan.

Ia sekaligus membawa kepada kaedah interaksi baru tanpa anda perlu menaip sebarang teks sebagai balasan untuk sesuatu mesej yang diterima.

Sebelum ini, Facebook turut telah memperkenalkan ciri lebih kurang sama pada aplikasi permesejan Messenger mereka.

Bagi anda yang menggunakan Google Allo, anda boleh memuat-turun kemaskini terbaru aplikasi berkenaan pada Android dan iOS, dan mula menggunakan ciri baru ini.


EmoticonEmoticon