Fungsi Seakan Live Photo Akan Hadir Pada Huawei P10 Dan P10 Plus

Fungsi Live Photo diperkenalkan oleh Apple pada peranti iPhone 6S dan 6S Plus. Melalui fungsi ini gambar yang diambil akan turut hadir dengan animasi pendek apabila skrin peranti ditekan. Bagi pemilik Huawei P10 dan P10 Plus, fungsi yang seakan sama yang dberi nama Moving Pictures akan diperkenalkan dengan kemaskini terkini.

Selain Moving Pictures, beberapa penambahbaikan pada kemampuan kamera, optimasi penjimatan kuasa bateri dan kemaskini Google Security Patch turut akan diberikan. Menurut Huawei kemaskini ini akan mula diterima pengguna pada penghujung bulan ini.


EmoticonEmoticon