DXOMark : OnePlus 5 Menerima Skor 87 Untuk Kamera – Lebih Tinggi Daripada iPhone 7

Markah DXOMark dijadikan kayu pengukur kemampuan kamera peranti pintar di pasaran. Semasa dilancarkan bulan Mei yang lalu, HTC U11 menerima skor 90 markah sekaligus menjadikannya peranti dengan kemampuan terbaik setakat ini. Kini tiba giliran OnePlus 5 diuji oleh DXOMark dan ia menerima skor 87 markah.

Ini meletakkannya setanding dengan Huwei P10, Sony Xperia Z5 dan Galaxy S6 Edge. Sebagai perbandingan iPhone 7 menerima skor 86 markah. Galaxy S8 menerima skor 88 markah dan Google Pixel pula menerima skor 89 markah.

Pihak DXO memuji kepantasan pemfokusan dan mengambil gambar pada OnePlus 5. Ketepatan penghasilan warna dan dedahan pada situasi terang turut menerima reaksi positif. Kelemahan terletak pada keperincian gambar dalam situasi pencahayaan rendah.


EmoticonEmoticon