Avira Mengintegrasikan Penghalang Iklan Pada Produk Mereka

Avira AdblockAvira mempunyai penawaran beberapa pemalam khusus untuk pelayar web, termasuk Avira Browser Safety untuk Firefox dan Opera, serta Avira Safe Shopping untuk Chrome. Melalui pemalam ini, Avira menawarkan pengalaman pelayaran yang selamat, dan mengelak pengguna daripada membuka pautan berbahaya.

Kini, melalui kemaskini terbaru, Avira selain hanya mengelak pautan berbahaya, mereka juga turut mengintegrasikan penghalang iklan secara terbina padanya. Langkah ini dijayakan oleh Avira melalui integrasi teknologi penghalang daripada AdGuard ke produk mereka.

Avira mengatakan jumlah iklan dengan integrasi perisian hasad semakin meningkat dari hari ke hari, dan mereka kini mengambil langkah untuk menghalang paparan iklan sepenuhnya. Sekiranya pengguna ingin memaparkan iklan pada sesuatu laman, mereka perlu membenarkan ia melalui halaman tetapan.

Bagi anda yang was-was dengan keselamatan ketika melayari web, anda boleh memasang pemalam Avira ini secara percuma pada pelayar web anda.

Muat-Turun Avira Safe Shopping untuk Chrome

Muat-Turun Avira Safe Shopping untuk Firefox dan Opera


EmoticonEmoticon